Home English News Facebook sekat akses akaun States Times Review Singapura

Facebook sekat akses akaun States Times Review Singapura

687
0
SHARE
Ad

SINGAPURA: Facebook pada Selasa menyekat akses akaun States Times Review (STR) kepada pengguna Singapura, didakwa menyiarkan berita tidak benar mengenai beberapa isu termasuk berkaitan COVID-19, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pada 17 Februari, gergasi media sosial itu diarah berbuat demikian oleh pejabat yang menyelia kandungan dalam talian berdasarkan Akta Perlindungan daripada Pembohongan Dalam Talian dan Manipulasi (POFMA).

Sejak November lalu, Facebook STR, dikendalikan warga Singapura, Alex Tan telah tiga kali diarahkan membuat pembetulan berita yang disiarkan. Dua daripadanya mempunyai kaitan dengan wabak COVID-19.

#TamilSchoolmychoice

Tan mendakwa beliau merupakan warga Australia yang berpangkalan di luar negara.

Selepas mengendahkan arahan berkenaan, STR menukar statusnya kepada laman web pada 15 Februari, dan tidak dibenarkan menerima sebarang faedah kewangan.

Disebabkan gagal mematuhi peraturan di bawah POFMA, pihak berkuasa  mengeluarkan arahan menyekat Facebook STR.

POFMA berkuat kuasa 2 Oktober tahun lalu. Di bawah akta itu kerajaan Singapura boleh mengarahkan platform atau perantara internet untuk menyekat akses terhadap kandungan dalam talian yang mengandungi maklumat salah. Mana-mana pertubuhan yang tidak mematuhi arahan itu boleh didenda sehingga US$500,000.

— BERNAMA