Home English News Covid-19: Pusat Sains Negara, Planetarium Negara ditutup sementara

Covid-19: Pusat Sains Negara, Planetarium Negara ditutup sementara

171
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara (PN) ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Menterinya Khairy Jamaluddin turut mengarahkan PSN dan PN agar tidak menerima kunjungan orang ramai bermula awal pagi ini.

“Semua warga Mosti termasuk PSN dan PN diingatkan agar mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

#TamilSchoolmychoice

Mosti mengambil berat berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala itu.

Kementerian turut menasihati orang ramai agar mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik pada setiap masa dan meminta mereka menghubungi pejabat kesihatan daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan jika mengalami gejala jangkitan.

— BERNAMA

Comments