Home Nation Ahmad Faizal memulakan tugas sebagai MB Perak

Ahmad Faizal memulakan tugas sebagai MB Perak

455
0
SHARE
Ad

IPOH: Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak yang ke-13.

Beliau tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada jam 8.30 pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) Nor Sham Binti Rahman dan Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan serta pegawai-pegawai jabatan dan agensi negeri. Sambutan berlangsung dalam skala yang kecil dan tanpa kehadiran pihak media sebagai langkah mewujudkan jarak sosial, bagi membendung penularan wabak Covid-19.

#TamilSchoolmychoice

Dato’ Seri Ahmad Faizal memulakan tugasan beliau dengan mendengar taklimat daripada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri di pejabat Menteri Besar, sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan tindakan lanjut pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan serta agensi berkaitan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam.