Home Nation Hujahan kes rasuah Isa Samad tangguh 8 April

Hujahan kes rasuah Isa Samad tangguh 8 April

532
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pendengaran hujahan kes bekas pengerusi felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah, berjumlah lebih RM3 juta ke 8 April depan.

Berdasarkan semakan di laman web kehakiman, prosiding hari ini telah ditangguhkan kerana mahkamah ditutup mulai 18 Mac sehingga 31 Mac, susulan pengisytiharan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mahyudin Mohmad Som ketika dihubungi, mengesahkan tarikh baharu tersebut.

#TamilSchoolmychoice

“Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran hujahan lisan bagi kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, tetapi ditunda ke 8 April depan bagi menggantikan tarikh hari ini,” katanya.

Katanya mahkamah turut menangguhkan tarikh pemfailan hujahan balas kedua-dua pihak, pada atau sebelum 1 April.

Mohd Isa, 71, menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta, berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), yang didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 15 Dis 2015.

   — BERNAMA