Home English News Gempa bumi bermagnitud 7.6 gegar Rusia, cetus amaran Tsunami

Gempa bumi bermagnitud 7.6 gegar Rusia, cetus amaran Tsunami

615
0
SHARE
Ad

VLADIVOSTOK: Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, Rusia, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan, menurut Perkhidmatan Geofizik Akademi Sains Rusia.

“Gegaran berlaku pukul 14:49 (02:49 pagi GMT), kira-kira 463 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky.”

#TamilSchoolmychoice

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, namun terdapat risiko tsunami di kawasan utara Kuril.

Berikutan itu, pihak berkuasa mengarahkan penduduk di pulau Kuril, Paramushir berpindah ke kawasan selamat.

— BERNAMA