Home English News Maszlee tidak terima lantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARA Corp

Maszlee tidak terima lantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARA Corp

137
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik tidak menerima pelantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp).

Maszlee berkata, beliau mengambil maklum berita yang telah tersiar mengaitkan namanya dengan pelantikan di sebuah agensi kerajaan.

“Saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan (pandemik) COVID-19. Negara kita harus menang dahulu, bebas dari bencana, dan kehidupan rakyat kembali stabil,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Bernama semalam melaporkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengumumkan pelantikan Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir sebagai Pengerusi MARA Corp dan Maszlee sebagai pengerusi jawatankuasa penasihat MARA Corp.

— BERNAMA

Comments