Home English News Covid-19: Sektor pelancongan dijangka kerugian RM45 billion tahun ini

Covid-19: Sektor pelancongan dijangka kerugian RM45 billion tahun ini

679
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR- Sektor pelancongan negara dijangka mengalami kerugian sekitar RM45 bilion tahun ini susulan penularan pandemik yang menyaksikan penutupan sempadan negara dan negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri hari ini.

Katanya daripada jumlah itu, RM31 bilion adalah dalam segmen pelancongan antarabangsa manakala selebihnya segmen domestik.

“Berdasarkan statistik MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya), bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, perbelanjaan pelancong antarabangsa merekodkan penurunan 41.5 peratus daripada RM21.4 bilion  pada 2019 kepada RM12.5 bilion,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini.

#TamilSchoolmychoice

Beliau menjawab soalan berkaitan perkara sama yang dikemukakan oleh 11 ahli Parlimen antaranya Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis), Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar),   Sivakumar Varatharaju  Naidu (PH-Batu Gajah) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort).

Bagaimanapun Nancy berkata MOTAC menjangkakan sektor pelancongan memasuki fasa pemulihan pada suku kedua tahun ini, didorong oleh pelancongan domestik selepas sempadan negeri dibuka semula.

Nancy berkata sejak sempadan negeri dibuka, hotel-hotel mula merekodkan kadar penghunian yang tinggi sehingga 75 peratus, membuktikan segmen pelancongan domestik kembali rancak.

“Sehingga wabak COVID-19 ini berakhir, rakyat Malaysia digalakkan ‘Cuti-cuti Malaysia’ untuk merancakkan lagi sektor pelancongan negara,” katanya.

Sektor pelancongan yang merupakan antara penyumbang tertinggi kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara selepas pembuatan dan komoditi, menyumbang RM86.14 bilion kepada ekonomi negara tahun lepas.

— BERNAMA