Home English News “Kerajaan yang menagih populariti dengan sogokan untuk kekal berkuasa tidak berbeza dengan...

“Kerajaan yang menagih populariti dengan sogokan untuk kekal berkuasa tidak berbeza dengan Kerajaan kleptokrat” – Mahathir

642
0
SHARE
Ad

KENYATAAN AHLI PARLIMENT LANGKAWI TUN DR MAHATHIR MOHAMED PADA 27HB NOVEMBER 2020

1. Apabila belanjawan di lulus tanpa tentangan di peringkat bacaan kali ke-2 di Dewan Rakyat, ini bermakna Kerajaan sudah pun diiktiraf oleh pembangkang, kecuali 13 ahli yang berdiri menentang.

2. Menentang di peringkat jawatankuasa, seperti yang dikata akan dilakukan, tidak akan bawa apa-apa kesan signifikan ke atas Kerajaan mahupun kepada belanjawan yang dikemuka.

3. Ianya hanya usaha untuk mengalih pandangan kritikan rakyat yang kecewa dengan sikap pembangkang.

#TamilSchoolmychoice

4. Kerajaan pintu belakang pimpinan Tan Sri Muhyiddin bukan dipilih rakyat. Manipulasi dilakukan untuk merampas kuasa daripada Kerajaan pilihan rakyat.

5. Tidak cukup di peringkat Pusat, Kerajaan negeri Sabah yang jelas dipilih rakyat juga dirampas dengan memaksa pilihan raya negeri diadakan.

6. Untuk kekal berkuasa, Kerajaan ini terpaksa sogok Ahli Parlimen untuk dapat sokongan.

7. Pada perbahasan Belanjawan 2021 semalam, kita dapati bukan sahaja parti Kerajaan yang sokong, tetapi sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang menyokong.

8. Ini aneh. Selama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin tertubuh, pihak pembangkang berusaha untuk menjatuhkannya dengan undi tak percaya di Parlimen.

9. Tidak kurang 25 usul undi tidak percaya dikemuka. Apabila belanjawan dibentang, pembangkang bersuara kononnya akan menolak. Ada pemimpin yang datang berjumpa saya sehari sebelum untuk nyatakan tentangan mereka.

10. Tetapi ini tidak berlaku. Bila diminta adakan undi belah bahagi, hanya 13 ahli pembangkang yang berdiri, dua kurang daripada jumlah yang diperlukan. Maka belanjawan dilulus dengan lebihan suara.

11. Tidak dapat tidak, kita cenderung untuk percaya yang pelbagai gula-gula ditawar untuk dapat sokongan. Jika benar bermakna rasuah sudah sampai tahap yang amat merbahaya kepada negara. Segala-gala boleh dibeli dengan duit, termasuk Kerajaan.

12. Kerajaan pilihan rakyat boleh dibeli dan dijatuh kerana wakil yang dipilih oleh rakyat sanggup terima sogokan seperti yang kita lihat berlaku di Sabah. Kerajaan yang tidak dipilih rakyat boleh rampas kuasa dan terus memerintah negeri dan negara.

13. Pembangkang sanggup berkrompomi dan tolak prinsip dan gadai sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri.

14. Saya dan kumpulan Pejuang akan terus tolak Belanjawan ini. Ini kerana kami tidak nampak apa-apa manfaat jangka panjang kepada negara di dalam usaha tangani masalah ekonomi yang merudum akibat Covid-19.

15. Tidak ada apa-apa rancangan untuk pulih dan kembangkan ekonomi serta bantu perniagaan yang terjejas teruk.

16. Yang ada hanya pemberian wang dan lebih banyak wang yang ditawar untuk menawan hati rakyat. Tidak dinyata di mana dan bagaimana Kerajaan akan dapat hasil untuk biayai semua ini.

17. Kerajaan yang menagih populariti dengan sogokan untuk kekal berkuasa tidak ada beza dengan Kerajaan kleptokrat yang kita jatuhkan. Mereka hanya akan hancurkan negara ini.