Home English News Muhyiddin mengucapkan selamat perayaan Thaipusam

Muhyiddin mengucapkan selamat perayaan Thaipusam

491
0
SHARE
Ad

KENYATAAN PERDANA MENTERI YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEMPENA HARI PERAYAAN THAIPUSAM

Selamat meraikan Thaipusam kepada penganut agama Hindu di Malaysia yang akan menyambut perayaan itu.

Thaipusam merupakan satu daripada upacara keagamaan bagi penganut agama Hindu diseluruh dunia dan dirayakan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

Bagi penganut agama Hindu, hari Thaipusam merupakan peluang untuk mereka menunaikan nazar mengikut kepercayaan agama mereka. Pada kebiasaannya upacara ini disambut di Malaysia dengan perarakan penganut agama itu ke kuil-kuil Hindu membawa pedati arca Dewa Murugan, kavadi dan juga ‘paal koodam’ yang mengandungi susu.

#TamilSchoolmychoice

Tahun ini, sambutannya terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penganut agama Hindu kerana mematuhi SOP dengan meneruskan upacara keagamaan ini mengikut norma baharu di kediaman masing-masing.

Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat yang berbilang kaum dan agama, sekaligus memastikan keharmonian dan kemakmuran Malaysia kekal selamanya.