Home English News UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu?

UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu?

1006
0
SHARE
Ad

KENYATAAN YB PROF DR P.RAMASAMY, TIMBALAN KETUA MENTERI II, PENANG

Sejauh mana seriusnya Umno dalam keputusannya untuk memutuskan hubungannya dengan PPBM atau Bersatu?
Bilakah hubungan ini akan terputus, adakah menjelang pilihan raya umum akan datang?
Sekiranya hubungan itu tidak terputus, apakah kemungkinan penyebabnya?
Berdasarkan pada kenyataan dan ucapan politik sebelum AGM Umno, semasa perhimpunan dan selepasnya, nampaknya ia membawa maksud bahawa Umno tidak mempunyai pilihan lain selain berpisah dengan Bersatu.
Bukan sahaja Umno gagal merebut kuasa politik pada pilihan raya umum yang lalu, malah Umno tidak mempunyai peranan besar dalam pemerintahan kerajaan yang dibentuk melalui muslihat Bersatu dan sekutunya dalam menggulingkan kerajaan.
Semua kedudukan yang penting diberikan kepada mereka di Bersatu, kepada mereka yang meninggalkan Umno dan PKR.
Umno terpaksa menanggung kekecewaan dan menunggu hari lain.
Jangkaan bahawa kerajaan PN akan membantu buang kes rasuah yang dikena terhadap beberapa pemimpin kanan Umno termasuk mantan Presiden Umno, Najib Tun Razak dan Timbalannya, Presiden Umno sekarang, Ahmad Zahid Hamidi tidak menjadi nyata.
Najib didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman tetapi dia telah membuat rayuan.
Sejak pemerintahan sekarang di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak menunjukkan bahawa pemimpin Umno akan dilepaskan, kebencian dan kemarahan semakin meningkat dalam Umno yang menyebabkan kenyataan terbuka anggota tidak berpuas hati dengan Bersatu.
Pengusiran Menteri Besar yang merupakan ahli Bersatu di Perak dan penggantian dengan calon Umno telah memburukkan lagi keadaan.
Kenyataan bahawa beberapa menteri Umno dalam PN menjadi terlalu selesa dengan kepimpinan Bersatu tidak menyenangkan pemimpin Umno di semua peringkat.
Baru-baru ini, pemimpin Umno veteran Tengku Razaleigh meminta anggota-anggota Umno yang memegang jawatan menteri dan GLC untuk berhenti daripada jawatan mereka kerana Umno menganggap hubungannya dengan Bersatu tidak dapat dipertahankan.
Percanggahan Umno dengan Bersatu semakin teruk dan keputusan untuk memutuskan hubungannya nampaknya dapat difahami.
Tetapi pertengkaran Umno bukan dengan Bersatu sahaja tetapi juga dengan Parti Islam PAS, yang menjadi sumber kegusaran yang berterusan.
Hubungan antara Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional telah sia-sia.
PAS walaupun dikatakan sebagai parti yang berpegang teguh kepercayaan agama tetapi ia hanyalah satu lagi parti politik oportunis.
Hubungan dengan Bersatu atas nama agama dan bangsa, hanyalah alasan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan untuk menikmati faedah dan kedudukan.
Umno telah menyedari bahawa PAS adalah parti yang sangat tidak boleh dipercayai, sebuah parti yang tidak akan ragu-ragu untuk meninggalkan rakannya ketika ada peluang.
Bagaimanapun, dalam AGM Umno minggu lalu, terdapat kritikan yang tidak dinyatakan secara langsunug oleh perwakilan terhadap kepemimpinan PAS kerana meninggalkan, rakannya, Umno kerana mendapat teman baru.
Kemungkinan besar negara ini akan mengadakan pilihan raya jikalau penyebaran wabak pandemik ini dapat dibendung sampai batas tertentu.
Persoalannya ialah: dengan segala keributan yang sedang dibuat pemimpin Umno mengenai keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, adakah ia akan menjadi nyata?
Mungkin ia akan berlaku dan mungkin juga tidak.
Umno seperti dijangka dengan sikap oportunisme, tidak ada yang pasti.
Pada saat-saat terakhir, Umno mungkin sekali lagi akan masuk ke dalam pemerintahan PN.
Ini adalah kemungkinan sebenar.
Walaupun terdapat retorik kaum, Umno tidak pernah dikenali sebagai parti yang berpegang padaprinsip.
Seperti PAS, ia akan memanfaatkan bangsa dan agama mengikut kesesuaian dan kepentingan politik sendiri untuk mendapatkan sokongan.
Dengan melihat sekilas, bangsa dan agama adalah alat yang sesuai untuk meraih kekuatan dan kekayaan.
Kes-kes rasuah yang melibatkan para pemimpin tertinggi Umno boleh pergi mana-mana arah.
Ini mungkin membawa kepada pemisahan gabungan yang besar, tetapi pada masa yang sama ia akan mengekang Umno untuk terus maju tanpa Bersatu atau bahkan PAS dalam hal ini.
Tiada jalan yang baik untuk Umno bergerak maju tanpa Bersatu atau PAS. Terdapat petunjuk yang jelas bahawa PAS tidak mengikut Umno, tidak mahu dibiar ketinggalan di dunia politik tanpa kemewahan dan faedah materialisme. Ia kerana bagi PAS, ia mempunyai had yang jelas yang menumpukan bangsa dan agama yang khusus.
Sekalipun Umno mempunyai kesahihan sejarah sebagai juara orang Melayu, senario politik sebelumnya tidak ada untuk menggembirakan dan meyenangkan orang Melayu.
Parti politik berasaskan Melayu di negara ini berhadapan dengan persaingan kesetiaan dan hubungan.
Bukanlah nak mengatakan yang Umno akan hilang dari dunia politik, kemungkinan besar ia tidak akan berlaku. Tetapi daya tariknya mungkin tiada kerana dikekang daripada mengambil apa-apa tindakan atau gerakan yang berani.