Home English News “Lebih banyak pekerjaan setaraf dengan para Graduan dijangkakan…” Saravanan

“Lebih banyak pekerjaan setaraf dengan para Graduan dijangkakan…” Saravanan

694
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI M.SARAVANAN, MENTERI SUMBER MANUSIA

LEBIH BANYAK PEKERJAAN SETARAF DENGAN PARA GRADUAN DIJANGKAKAN DALAM PASARAN PEKERJAAN EKORAN PEMULIHAN EKONOMI NEGARA PRESTASI LEBIH BAIK DALAM 2021

  1. Pandemik COVID-19 memberikan impak yang berbeza ke atas pertumbuhan sektoral dan pekerjaan dalam pasaran buruh negara dengan kadar upah bagi beberapa pekerjaan telah mengalami peningkatan, penurunan dan tidak berubah.
  1. Data daripada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan purata upah bulanan dalam ekonomi pada tahun 2020 telah meningkat sebanyak 4% daripada purata RM2,519 kepada RM2,631.
  1. Sepanjang tahun 2020, kelas upah RM1,000 – RM2,999 dan RM1,000 – RM1,499 telah mengalami pertumbuhan sebanyak 1.2%. Kelas upah RM3,500 – RM3,999 kekal tidak berubah, manakala upah di bawah kadar RM1,000 mengalami Ini menunjukkan bahawa lebih ramai majikan mematuhi kadar gaji minimum di Malaysia.
  1. Gaji yang ditawarkan oleh majikan melalui portal pekerjaan nasional MYFutureJobs pada tahun 2020 menunjukkan bahawa 3% jawatan kosong berada dalam lingkungan RM2,000 – RM2,499. Hanya 4,294 atau 8.6% daripada jumlah kekosongan ditawarkan dengan gaji bulanan di bawah RM1,500. Walau bagaimanapun, kekosongan ini berkait dengan jawatan pra-kerjaya yang merangkumi pelatih dan perantis.
  1. Walaupun graduan merupakan kategori yang paling terjejas, penempatan pekerjaan untuk graduan dilaporkan adalah yang tertinggi. Peratusan penempatan pekerjaan untuk pekerjaan yang setaraf dengan graduan, iaitu Profesional, Pengurus, Teknikal dan Profesional Bersekutu (PMET) meningkat dari 38.0% pada suku ketiga kepada 50.2% pada suku keempat 2020.
  1. Peningkatan pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan graduan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan merupakan petanda baik kepada pemulihan pasaran buruh kerana kedua-dua sektor ini adalah sumber pekerjaan utama bagi graduan dalam tempoh sebelum krisis (2019).
  1. Statistik SIP menunjukkan majoriti pekerja (62.5%) termasuk graduan yang diambil bekerja dalam suku ketiga dan keempat tahun 2020 menerima upah asas antara RM1,200 hingga RM1,499 sebulan. Hanya 8.8% pekerja yang dibayar dengan upah asas di bawah gaji minimum RM1,200.
  1. Tumpuan upah pada julat RM1,200 – RM1,499 boleh dikaitkan dengan tiga faktor, iaitu permintaan yang lebih tinggi untuk pekerjaan bukan lulusan graduan, lokasi dan pengangguran kitaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
  1. Pada suku keempat tahun 2020, penawaran tenaga kerja didominasi oleh pencari kerja dengan pendidikan tinggi, yang mewakili 45.5% dari keseluruhan jumlah pencari kerja. Walau bagaimanapun, majoriti atau 70% kekosongan yang ditawarkan oleh majikan adalah untuk pekerjaan bukan graduan.
  1. Dengan kekurangan jawatan kosong untuk pekerjaan graduan (PMET), pencari kerja yang berpendidikan tinggi berkemungkinan besar memilih pekerjaan bukan graduan seperti kerani, pembantu jualan, pembantu pentadbir, khidmat pelanggan dan seumpamanya sebagai langkah sementara sehingga ekonomi pulih sepenuhnya dan mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk kategori PMET.
  1. Lokasi pekerjaan merupakan salah satu faktor penentu kepada upah yang ditawarkan kepada pencari kerja. Pekerjaan yang serupa boleh ditawarkan upah yang berbeza, bergantung kepada jenis industri, saiz perniagaan dan lokasi. Sebagai contoh, upah yang ditawarkan kepada graduan di Kelantan adalah lebih rendah berbanding di Selangor.
  1. Kadar pengangguran yang meningkat dari 3.3% dalam tempoh pra-krisis kepada 4.5% semasa krisis COVID-19 menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran semulajadi dan kitaran (involuntary). Ditambah dengan pengurangan bilangan jawatan kosong bagi pekerjaan graduan pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2019, ramai pencari kerja beralih ke pekerjaan bukan graduan yang menawarkan upah yang lebih rendah daripada terus kekal menganggur.
  1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) yakin bahawa bilangan pekerjaan graduan dan kadar upah akan bertambah baik apabila ekonomi kembali stabil.
  2. Oleh itu, KSM melihat isu graduan baharu yang menerima upah lebih rendah pada tahun 2020 berbanding tahun 2019, termasuk yang mendapat upah lebih rendah daripada gaji minimum sebagai keadaan sementara.
  1. Inisiatif pemulihan dan pakej rangsangan daripada Kerajaan, ditambah dengan program imunisasi COVID-19 dijangka mampu untuk menyumbang kepada pemulihan dalam ekonomi, sektor perniagaan, dan pasaran pekerjaan.
  1. KSM, melalui agensinya seperti PERKESO dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), secara aktif melaksanakan inisiatif Kerajaan untuk menstabilkan pasaran tenaga kerja dan memudahkan pencari kerja dan penganggur mendapatkan pekerjaan. Inisiatif yang dilaksanakan termasuk Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan di bawah PenjanaKerjaya serta temuduga terbuka dan karnival kerjaya PenjanaKerjaya yang diadakan secara berkala.
  1. PERKESO telah diarahkan untuk menganalisis dan menerbitkan dapatan terperinci bagi 160,000 penempatan pekerjaan yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2020, termasuklah perincian bagi penempatan kepada pencari kerja yang berpendidikan