Home English News Kerajaan PH komited lindungi hak masyarakat orang asli – Waytha Moorthy

Kerajaan PH komited lindungi hak masyarakat orang asli – Waytha Moorthy

820
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang yang difailkan oleh pejabat Peguam Negara bagi pihak masyarakat Orang Asli Temiar terhadap kerajaan negeri Kelantan hari ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited melindungi hak masyarakat Orang asli di negara ini secara sah di sisi undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, Kerajaan Persekutuan sangat prihatin terhadap penafian hak Orang Asli untuk menentukan masa depan sendiri selaras dengan peruntukan undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri yang melindungi hak mereka tetapi telah dilanggar oleh kerajaan negeri Kelantan.

“Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang berhak mendapat semua perlindungan yang sepatutnya daripada kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

“Meskipun terdapat banyak undang-undang di peringkat persekutuan, Kenyataan Dasar Mengenai Pentadbiran Orang Asli Semenanjung Malaysia 1961 selain kewajiban terhadap mereka dalam perjanjian internasional tetapi prinsip penentuan nasib sendiri yang menjadi aspirasi masyarakat Orang Asli telah diabaikan secara berterusan (oleh kerajaan negeri Kelantan), ” kata Waytha Moorthy.

Beliau juga menyatakan bahawa banyak kes pencerobohan tanah masyarakat Pribumi berlaku tanpa persetujuan awal mereka yang melanggar cara hidup dan menafikan hak mereka untuk mempunyai identiti dan martabat sendiri sebagai rakyat.

– BERNAMA