Home English News Ahmad Maslan nafi terima wang 1MDB

Ahmad Maslan nafi terima wang 1MDB

1010
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak pernah menerima sebarang cek dan wang daripada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau, bagaimanapun, mengakui telah disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini berkaitan isu itu.

“Namun, saya telah memaklumkan kepada mereka bahawa saya tidak pernah menerima cek dengan jumlah yang ditunjukkan dalam salinan cek kepada saya oleh pihak PDRM dan SPRM itu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Justeru, beliau mengakui telah menandatangani dokumen PDRM dan SPRM bagi menyatakan beliau tidak pernah menerima wang seperti yang didakwa.

“Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, SPRM mengumumkan senarai 80 individu dan entiti akan menerima notis kompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB yang disalah guna.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata jumlah notis kompaun itu bernilai RM430 juta yang perlu dijelaskan penerima kompaun dalam tempoh dua minggu selepas notis dikeluarkan.

— BERNAMA