Home English News Kebakaran terbuka: Malaysia gesa negara anggota ASEAN ambil tindakan

Kebakaran terbuka: Malaysia gesa negara anggota ASEAN ambil tindakan

835
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terlibat melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan.

Gesaan itu dibuat Malaysia dalam Mesyuarat ke-15 Conference of Parties bagi Perjanjian ASEAN berhubung Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Alam Sekitar (AMME) di Kemboja pada 7 hingga 9 Okt lepas.

Delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Isnaraissah Munirah Majilis.

#TamilSchoolmychoice

MESTECC dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia turut menggesa supaya tindakan undang-undang itu diambil tanpa mengira negara asal syarikat terbabit.

“Malaysia turut memaklumkan pendirian bahawa walaupun isu kebakaran hutan dan tanah adalah isu domestik, pencemaran udara merentas sempadan perlulah ditangani secara holistik.

“Malaysia juga bersedia untuk menghulurkan bantuan pemadaman kebakaran kepada negara terjejas bagi mengelak berulangnya insiden jerebu rentas sempadan yang memberikan impak kepada sosioekonomi dan kesihatan rakyat di rantau ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Pada mesyuarat itu juga, Malaysia berkongsi hasil kajian yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 2015.

“(Menurut kajian itu) dianggarkan kerugian ekonomi mencecah RM1.18 bilion melibatkan sektor pelancongan, peniaga kecil, peningkatan kos perubatan dan kekurangan pendapatan pemandu teksi semasa insiden jerebu pada 2015.

“Malaysia turut menganggarkan jumlah kerugian ekonomi lebih tinggi semasa insiden jerebu pada tahun ini,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA