Home English News M.Manogaran calon PH PRK Parlimen Cameron Highlands – Mahathir

M.Manogaran calon PH PRK Parlimen Cameron Highlands – Mahathir

1426
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR — Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran diumum sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, 26 Jan ini.

Pada 30 Nov 2018, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan  kemenangan Sivarraajh terbatal dan tidak sah selepas  memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi  pengundi di kawasan itu.

Cameron Highlands – Parliament – facts & figures

Pada 28 Dis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan  Sivarraajh, yang merupakan Naib Presiden MIC, tidak layak bertanding dalam PRK berkenaan.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan  Manogaran dari PKR dengan 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi);  Mohd Tahir Kassim  dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

SPR menetapkan 12 Jan bagi penamaan calon PRK itu manakala hari mengundi awal 22 Jan dan hari pengundian 26 Jan.

— BERNAMA