Home English News SPR buat laporan Polis terhadap Manogaran

SPR buat laporan Polis terhadap Manogaran

1460
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, suruhanjaya itu berkata laporan itu dibuat berikutan tindakan Manogaran memasuki pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Senderut, Hulu Jelai pada hari pengundian dengan memakai baju yang mempunyai logo parti.

Jelasnya, tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 dan laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Balai Polis Sungai Koyan.

#TamilSchoolmychoice

Kenyataan turut menyatakan bahawa SPR juga telah mengambil tindakan yang serupa terhadap pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan penubuhan barung-barung oleh parti pada hari mengundi.

Katanya tiga laporan polis dibuat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya melibatkan sembilan pusat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan satu laporan polis melibatkan pusat mengundi di DUN Jelai.

SPR juga menekankan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

— BERNAMA