Home English News Ambil tindakan terhadap penjawat awam cuai, tidak laksana arahan kerajaan – Patriot

Ambil tindakan terhadap penjawat awam cuai, tidak laksana arahan kerajaan – Patriot

1019
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Penjawat awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanakan arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden  Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.

Beliau berkata semua penjawat awam harus mengamalkan sikap kerja ‘tiada karut-marut’ sebagai mendukung usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan keadaan setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan terdahulu.

“Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa masih terdapat pegawai kementerian dan jabatan yang masih menyokong kerajaan terdahulu.

#TamilSchoolmychoice

“Aktiviti dan tindak tanduk mereka yang melambat-lambatkan kerja termasuk juga yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah amatlah mengecewakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Arshad yang menyifatkan situasi berkenaan sebagai ‘Napoleon kecil’ tidak harus dibiarkan berterusan memandangkan kerajaan PH sedang melakukan yang terbaik bagi memperbetulkan salah laku kerajaan terdahulu khususnya dalam tadbir urus kewangan dan ekonomi negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar kerajaan menguatkuasakan pengawasan lebih rapi terhadap perbuatan menyebarkan mesej khususnya di media sosial yang berniat jahat serta menimbulkan kebencian di kalangan rakyat terhadap kerjaan PH.

 – BERNAMA