Home English News Fiesta belon udara panas antarabangsa bermula hari ini di Putrajaya

Fiesta belon udara panas antarabangsa bermula hari ini di Putrajaya

945
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Belon panas berwarna-warni memenuhi ruang udara Putrajaya hari ini apabila Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa kembali semula di Putrajaya selepas dua tahun diadakan di luar wilayah pentadbiran itu.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10 berlangsung di Presint 2 di sini sehingga 31 Mac ini, membabitkan sebanyak 20 belon udara panas yang dikendalikan para juruterbang dari 14 buah negara.

Sebagai pembuka tirai, belon udara panas berwarna-warni yang mempunyai pelbagai bentuk termasuk badut, gajah, sotong dan beruang memenuhi ruang udara Putrajaya dinaiki oleh pengamal media awal pagi hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Antara negara menyertai program itu ialah Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata lebih 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan fiesta yang berjalan selama empat hari itu.

“Fiesta pada kali ini juga akan mengembalikan acara ‘night glow’ yang mana belon udara panas akan dinyalakan secara serentak mengikut iringan muzik dan pertunjukan bunga api,” katanya kepada media di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena fiesta belon itu dengan harga tiket bermula dari RM15 hingga RM300 mengikut jenis acara yang disediakan.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di https://www.myballoonfiesta.com.

— BERNAMA