Home English News Tunjukkan solidariti pada himpunan aman #SalamSriLanka malam ini

Tunjukkan solidariti pada himpunan aman #SalamSriLanka malam ini

607
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menggesa orang ramai yang cintakan kedamaian untuk bersama menyertai himpunan aman #SalamSriLanka di ibu negara malam ini.

Beliau berkata ini penting bagi menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia menolak segala bentuk keganasan tanpa mengira warna kulit, agama atau bangsa.

“Rakyat Malaysia perlu menunjukkan solidariti dan keprihatinan kita kepada mangsa dan keluarga mereka. Kita buktikan kepada dunia bahawa kita tolak semua bentuk keganasan. Kita hantarkan mesej keamanan dan keharmonian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Acara itu dijadual bermula pada 8 malam ini, di luar perkarangan Gereja St Mary, Jalan Raja.

Lokasi itu dipilih bagi menunjukkan bahawa rumah ibadat merupakan sebuah tempat yang selamat untuk dikunjungi, kata kenyataan itu.

Program #SalamSriLanka dianjurkan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Penganut Antara Agama (JKMPKA).

Satu siri serangan bom ke atas beberapa hotel dan gereja di Sri Lanka pada 21 April lepas, dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 250 nyawa.

— BERNAMA