Home English News Isu land swap: Zahid, Hishammuddin dijangka dipanggil beri keterangan- SPRM

Isu land swap: Zahid, Hishammuddin dijangka dipanggil beri keterangan- SPRM

925
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi memberi keterangan berhubung isu ‘Land Swap’.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut bila kedua-dua mereka akan dipanggil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya akan memanggil sesiapa sahaja saksi terlibat yang boleh membantu dalam siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata pihaknya sudah memulakan siasatan kes itu  selepas menerima laporan dibuat oleh pihak Pejabat Menteri Pertahanan beberapa bulan lepas.

#TamilSchoolmychoice

“Kami sedang menjalankan siasatan berhubung dua kes berkenaan yang dilaporkan dan perlu melihat keseluruhan  laporan audit Kementerian Pertahanan.

“Ini kerana SPRM terlebih dahulu perlu meneliti dan mengetahui isu-isu jenayah rasuah yang sedang berlaku dalam kes terbabit (isu Land Swap),” katanya selepas menghadiri majlis penutup kursus ‘Anti-Corruption Training’ untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Nasional (ONACC) Thailand, di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini hari ini.

— BERNAMA