Home English News Bekalan air di Kuala Langat pulih, Klang 69 peratus pulih

Bekalan air di Kuala Langat pulih, Klang 69 peratus pulih

647
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Bekalan air di sembilan kawasan di Kuala Langat yang terjejas akibat insiden paip utama pecah di Setia Alam di sini pagi semalam telah pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata bagi 35 kawasan yang terjejas di Klang pula sudah 69 peratus kawasan telah pulih setakat pukul 12 tengah hari ini.

Tambah Abdul Raof pihaknya kini sedang melipatgandakan usaha bagi meningkatkan dan menstabilkan tekanan air di sistem agihan serta mempercepatkan proses pemulihan bekalan di semua kawasan.

#TamilSchoolmychoice

“Bantuan bekalan air menerusi lori tangki masih diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, status terkini mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pengguna boleh merujuk laman sesawang  www.syabas.com.my atau menerusi aplikasi Air Selangor di telefon bimbit serta laman Facebook agensi itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

— BERNAMA