Home English News Sumber kewangan SRC RM4 Bilion dari KWAP, geran permulaan RM20 juta dari...

Sumber kewangan SRC RM4 Bilion dari KWAP, geran permulaan RM20 juta dari kerajaan

655
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sumber kewangan SRC adalah daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan geran permulaan daripada kerajaan.

Ismee, 54, berkata syarikat itu menerima pinjaman RM4 bilion daripada KWAP dan menerima geran RM20 juta daripada kerajaan sebagai modal permulaan.

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-22 perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

#TamilSchoolmychoice

Ishak: Boleh jelaskan apakah sumber kewangan SRC sepanjang kamu memegang jawatan di syarikat itu?

Ismee: Sumber kewangan SRC adalah pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, geran permulaan RM20 juta daripada  kerajaan.

 Ishak:  Sumber kewangan SRC digunakan untuk tujuan apa?

Ismee:  Ia digunakan untuk tujuan pelaburan dan modal kerja.

Ishak: Siapakah penasihat emeritus SRC?

Ismee: Datuk Seri Najib.

Ishak: Emeritus mempunyai kawalan dalam aspek pentadbiran lembaga SRC dan syarikat?

Isme: Ya, seharusnya ada kawalan.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

— BERNAMA