Home English News SPR akur keputusan mahkamah batalkan kemenangan Anifah

SPR akur keputusan mahkamah batalkan kemenangan Anifah

885
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akur dan tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan keputusan Pilihan Raya kerusi Parlimen P.176 Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun bagaimana pun berkata pihaknya hanya akan terlibat di dalam prosiding mahkamah jika penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Anifah Aman membuat rayuan terhadap keputusan yang telah diisytiharkan oleh mahkamah pada 23 Ogos lalu.

#TamilSchoolmychoice

“Buat masa ini, SPR perlu menunggu perakuan keputusan Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh untuk merayu tamat, iaitu pada 29 Ogos ini, bagi tindakan selanjutnya. SPR sentiasa bersedia untuk menjalankan Pilihan Raya Kecil sekiranya ia perlu diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 16 Ogos lepas Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada PRU14 adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Lee Heng Cheong berkata keputusan tersebut dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

— BERNAMA