Home English News Food bank siswa manfaat lebih 6,000 pelajar

Food bank siswa manfaat lebih 6,000 pelajar

643
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan di 21 universiti awam kini  memberi manfaat kepada 6,870 pelajar, sejak ia dilancarkan 15 Feb lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen berkata program itu dapat membantu golongan mahasiswa terutama daripada keluarga golongan B40, supaya mereka dapat memberi tumpuan lebih baik terhadap pembelajaran.

“Program ini merupakan kerjasama antara penyumbang dan pihak universiti dengan menyediakan dua konsep iaitu ‘ food pantry’ dan ‘central kitchen’ untuk meringankan kos sara hidup pelajar,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Chong berkata demikian bagi menjawab soalan Muslimin Yahaya (PH-Sungai Besar) yang ingin tahu kejayaan program tersebut dan jumlah siswa yang telah dibantu.

Menjelas lanjut, Chong berkata ‘food panty’ adalah penyimpanan barang makanan kering di sebuah bilik yang bersesuaian dan diuruskan oleh persatuan pelajar yang ditugaskan.

Pelajar yang layak menerima bantuan program tersebut boleh mengambil makanan yang akan diagihkan mengikut jadual yang ditetapkan.

‘Central kitchen’ adalah sumbangan makanan yang boleh dimasak yang akan disediakan dan diberikan kepada pelajar yang layak.

— BERNAMA