Home English News Syarikat e-hailing ‘MyCar’ gantung akaun pemandu biadap

Syarikat e-hailing ‘MyCar’ gantung akaun pemandu biadap

522
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan e-hailing MyCar, mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemandunya yang didakwa bersikap kurang sopan terhadap penumpangnya, sebagaimana yang tular di media sosial pada Selasa lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Noah Maideen berkata akaun pemandu tersebut telah digantung atas kesalahan serius, setelah pihaknya menghubungi pemandu dan penumpang terbabit, bagi mendapatkan keterangan jelas mengenai isu tular tersebut.

“Hasil perbincangan tersebut, isu itu telah berjaya diselesaikan secara baik dan akaun MyCar pemandu itu telah digantung.

#TamilSchoolmychoice

“Pihak penumpang juga telah mengeluarkan kenyataan dan ciapan bahawa isu itu telah diselesaikan secara berhemah oleh pihak MyCar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh penumpang berkenaan.

Pada Selasa lepas, sebuah portal tempatan melaporkan seorang penumpang wanita mendakwa seorang pemandu MyCar bersikap biadap, dan tidak menunjukkan layanan sepatutnya kepada pelanggan menerusi ciapannya di Twitter.

— BERNAMA