Home English News Tunggu dan lihat perkembangan politik tanah air

Tunggu dan lihat perkembangan politik tanah air

1564
0
SHARE
Ad
Gambar Ehsan: SAYS

KUALA LUMPUR: Rakyat sedang menunggu dan melihat perkembangan politik tanah air hari ini bagi mencari jawapan terhadap desas-desus berhubung pengaturan semula landskap politik negara.

Setakat pukul 10 pagi ini, belum ada pengumuman atau sidang media bagi menjelaskan perkara itu.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 2.00 petang nanti, manakala DAP pula dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat di ibu pejabatnya di di sini pada pukul 11 pagi.

#TamilSchoolmychoice

Semalam, perkembangan politik tanahair menyaksikan beberapa pemimpin dari Bersatu, PKR, UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak, dan Warisan, masing-masing mengadakan mesyuarat secara berasingan di ibu negara dan Petaling Jaya, membuatkan timbul spekulasi ia dipercayai ada kaitan dengan pengaturan semula landskap politik negara.

Ini ditambah kenderaan membawa puluhan pemimpin itu kelihatan memasuki kawasan Istana Negara pada sebelah petang semalam.

Desas-desus itu bertambah hangat pada sebelah malamnya apabila ada pemimpin dari Bersatu, PKR, UMNO, MCA, MIC dan PAS menghadiri satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan  Azizah Wan Ismail kelihatan memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada pukul 8.50 pagi.

Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menteri dan  pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Kenderaan membawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula kelihatan memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra pada pukul 9.26 pagi.

— BERNAMA