Home English News Peranan Penjawat Awam dalam mendepani situasi perubahan pentadbiran Negara

Peranan Penjawat Awam dalam mendepani situasi perubahan pentadbiran Negara

530
0
SHARE
Ad

Berikut adalah Kenyataan dari pihak Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan pada hari ini (27 Februari) :  

  1. Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran Kerajaan dan perlu bertindak secara professional. Semua penjawat awam perlu bijak mendepani cabaran dan memberi tumpuan kepada managing the risks and always on site to see the progress;
  1. Perkhidmatan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan prinsip best delivery selaras dengan slogan “Saya Yang Menjalankan Amanah” kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada penjawat awam untuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan;
  1. Mengurus perubahan merupakan satu tugas yang sukar dan mencabar. Namun, dengan teraju Ketua Setiausaha Negara bersama 1.6 juta penjawat awam, tugas ini akan dilaksanakan dengan penuh amanah, bertanggungjawab, pantas, serta bebas dari kesilapan dan persepsi negatif;
  1. Penjawat awam sentiasa bersedia dengan kefahaman, komunikasi dan kaedah interaksi yang sesuai dalam mendepani apa jua bentuk perubahan pasukan baharu kelak ke arah mengukuhkan pentadbiran negara;
  1. Penjawat awam akan sentiasa mempunyai sifat berdaya tahan dan easy to adapt dalam melaksanakan tanggungjawab kelak bagi memenuhi ekspektasi rakyat selaku pemegang taruh (stakeholder) kepada pihak Kerajaan; dan
  1. Penjawat awam perlu menjauhkan diri dari kancah politik demi menjaga integriti dan profesionalisma perkhidmatan awam bagi memberikan perkhidmatan terbaik tanpa memihak kepada mana-mana kumpulan.