Home English News Itu keputusan PH – Anwar

Itu keputusan PH – Anwar

361
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencalonan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan adalah  keputusan Pakatan Harapan (PH).

“Itu PH punya keputusan,” katanya ringkas ketika ditemui media di kediamannya di Bukit Segambut hari ini.

Terdahulu beliau bersama isterinya yang juga Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan meninggalkan kediamannya di sini, kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Ditanya ke mana tempat beliau akan pergi selepas ini, Anwar sekadar menjawab: “ke kantor (pejabat)”, namun media yang menunggu di Hotel Eastin melaporkan beliau tiba di hotel itu kira-kira pukul 12.10 tengah hari untuk menghadiri mesyuarat PH.

— BERNAMA

Comments