Home Nation Menteri Kesihatan Belanda letak jawatan kerana penat

Menteri Kesihatan Belanda letak jawatan kerana penat

430
0
SHARE
Ad

AMSTERDAM: Menteri Kesihatan Belanda yang pengsan semasa menghadiri mesyuarat mengenai COVID-19, meletak jawatan, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Khamis.

Bruno Bruins, 56, meletak jawatannya atas alasan keletihan atau kelesuan, menurut stesen penyiar Belanda, NOS.

Bruins pengsan semasa menyertai mesyuarat parlimen pada Rabu.

#TamilSchoolmychoice

“Saya pengsan kerana terlalu penat. Sekarang saya dalam keadaan yang baik,” tulis beliau di Twitter.

— BERNAMA