Home English News Covid-19: Malaysia mohon China hantar pakar perubatan, bantu barisan depan negara- Hishammuddin

Covid-19: Malaysia mohon China hantar pakar perubatan, bantu barisan depan negara- Hishammuddin

622
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berunding dengan kerajaan China untuk memohon negara berkenaan menghantar pakar perubatan mereka ke negara ini bagi membantu petugas barisan depan negara memerangi COVID-19 habis-habisan.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ini antara peranan dimainkan Wisma Putra dalam menggunakan hubungan baik negara dengan kerajaan-kerajaan di luar negara bagi mendapatkan bantuan dalam memerangi wabak berkenaan.

#TamilSchoolmychoice

“Susulan perbincangan ini, saya difahamkan pakar perubatan dari 26 buah hospital di Malaysia akan mengadakan persidangan menerusi video dengan pakar-pakar perubatan yang berada di China pada Khamis ini (26 Mac 2020) bagi berkongsi kaedah serta strategi terbaik dalam melawan COVID-19,” katanya pada sidang media yang diadakan secara langsung melalui akaun Facebooknya, hari ini.

-BERNAMA