Home English News Hamzah Zainuddin Setiausaha Agung Bersatu yang baharu- Muhyiddin

Hamzah Zainuddin Setiausaha Agung Bersatu yang baharu- Muhyiddin

107
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu, kata Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Hamzah dilantik bagi menggantikan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang telah diberhentikan daripada jawatan setiausaha agung parti berkuat kuasa 18 Mac lepas.

“Sehubungan itu, segala tugas setiausaha agung seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Bersatu hendaklah dijalankan oleh Hamzah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Marzuki atas khidmat beliau sebagai setiausaha agung.   Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada Hamzah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah merupakan Ahli Parlimen Larut yang keluar daripada UMNO dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai Bersatu.

Muhyiddin yang dilantik sebagai perdana menteri kelapan telah melantik Hamzah sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan Kabinetnya.

— BERNAMA

Comments