Home English News Keputusan Bersatu keluar dari PH jelas, tidak perlu dipertikai

Keputusan Bersatu keluar dari PH jelas, tidak perlu dipertikai

558
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan membentuk gabungan politik baharu bersama parti lain yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Feb lalu, adalah jelas dan tidak perlu dipertikai.

Dalam kenyataan bersama daripada 27 MPT dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu hari ini, mereka menegaskan, parti itu menyokong sepenuhnya penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan parti politik, dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional.

“Demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara, kami bersetuju Bersatu menyertai Perikatan Nasional.

#TamilSchoolmychoice

“Kami juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu sidang media berkata, Bersatu masih bersama PH.

— BERNAMA