Home English News UMNO Sabah sedia terima semula penyertaan bekas pemimpin, ahli UMNO

UMNO Sabah sedia terima semula penyertaan bekas pemimpin, ahli UMNO

923
0
SHARE
Ad
Gambar: Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Sabah Ghazalie Ansing

KOTA KINABALU — UMNO Sabah membuka pintu kepada semua bekas pemimpin, ahli dan juga individu lain yang ingin menyertai perjuangan parti itu.

Pengarah Komunikasi UMNO negeri Ghazalie Ansing berkata pendirian UMNO Sabah sejak dari awal lagi cukup jelas mengenai penyertaan semula bekas pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

“Justeru tidak timbul soal perlunya perbincangan Ketua UMNO Sabah bersama Ketua Bahagian terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan bekas pemimpin dan ahli UMNO,” katanya mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Fadli Juanas mengenai permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyertai semula parti itu.

#TamilSchoolmychoice

Dalam kenyataan itu, Fadli berkata permohonan mana-mana individu yang sudah meninggalkan UMNO perlu dikaji semula dari segala sudut.

Rabu lalu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah mengesahkan telah memohon untuk menyertai semula UMNO pada 26 Mei lepas selepas keluar daripada parti itu secara “en-bloc” pada 12 Disember 2018.

Dalam pada itu Ghazalie berkata UMNO Sabah dijangka akan menerima lebih ramai lagi pemimpin dari berbagai parti yang akan menyertai parti itu.

— BERNAMA