Home English News Maklumbalas berhubung Kenyataan Media Menteri Kesihatan & Persatuan Perubatan Malaysia

Maklumbalas berhubung Kenyataan Media Menteri Kesihatan & Persatuan Perubatan Malaysia

869
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA : MAKLUMBALAS BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KESIHATAN DAN PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA) BERTAJUK “TELITI SEMULA URUSAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERUBATAN”

Kenyataan media YB Menteri Kesihatan bertarikh 23 Jun 2021 yang telah dimuatnaik di laman Facebook dan Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selanjutnya dipetik oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bertarikh 26 Jun 2021 telah merujuk salah satunya, Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia sebagai sumber maklumat dalam menyediakan ulasan masing-masing kepada isu berbangkit tersebut.

Ingin ditegaskan, PPPKAM tidak ada mengeluarkan sebarang cadangan atau kertas kerja rasmi berkaitan isu pengambilan pegawai perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia mahupun mana-mana pihak lain yang berkaitan. PPPKAM amat sedar dan maklum bahawa urusan pengambilan pegawai perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan termasuk di Kementerian Kesihatan Malaysia kini menghadapi kekangan dan tidak mampu menyediakan penempatan secara tetap secukupnya kepada ramai siswazah perubatan.

Isu ini telah lama diketahui umum, melibatkan keseluruhan graduan perubatan tanpa mengira kaum dan kini memberikan kesan kepada sistem kesihatan negara. PPPKAM berpendapat penyelesaian isu ini hendaklah dikendalikan oleh Kerajaan secara adil, tepat, mengikut keutamaan dan keperluan perkhidmatan perubatan di negara ini tanpa mengira bangsa atau kaum.

#TamilSchoolmychoice

Sekali lagi ingin kami tegaskan bahawa PPPKAM sebagai sebuah persatuan profesional dengan keahlian dari pelbagai kaum dan agama, tidak pernah dan tidak akan melihat isu- isu perkhidmatan kesihatan mengikut batas-batas jantina, bangsa, kaum dan agama. Kami sentiasa menghormati kepelbagaian dan keharmonian komposisi rakyat Malaysia.

Sekian

BERBAKTI KE ARAH KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

DATO’ DR. ZAINAL ARIFFIN BIN OMAR
Presiden
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia

28 Jun 2021