Home English News Konvensyen Majlis Belia India Malaysia 2021

Konvensyen Majlis Belia India Malaysia 2021

1493
0
SHARE
Ad
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN DENGA “KONVENSYEN MAJLIS BELIA INDIA MALAYSIA 2021”

Majlis Belia India Malaysia akan mengadakan Konvensyen Majlis Belia India Malaysia buat julung kali pertama pada 10 dan 11 Julai 2021. Konvensyen ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia & Sukan pada hari Sabtu (10pagi) manakala Majlis Penutup akan disempurnakan oleh YB Senator Wan Fayhsal Wan Ahmad, Timbalan Menteri Belia & Sukan pada hari Ahad (4petang).

Konvensyen ini diadakan secara telesidang atas platform zoom untuk dua hari dengan perisian konvensyen yang menjuruskan pembangunan sosioekonomi belia India yang akan memanfaatkan perwakilan konvensyen ini. Seramai 250 ahli kepimpinan tertinggi peringkat cawangan daripada 11 negeri akan mengambil bahagian dalam konvensyen ini sebagai perwakilan.

Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memberikan penerangan tentang pengurusan pertubuhan belia, memberikan input tentang peluang-peluang yang direncanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan khas untuk golongan belia dan perkongsian tentang inisiatif-inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan golongan belia terutamanya dalam bidang sosioekonomi.

#TamilSchoolmychoice

Konvensyen ini juga menjadi satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kepimpinan tertinggi kebangsaan, negeri dan juga cawangan yang giat aktif dalam agenda pemerkasaan belia di bawah Majlis Belia India Malaysia. Pelbagai agensi-agensi kerajaan dan juga sektor-sektor dari Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil bahagian sebagai panelis dalam konvensyen ini. Antaranya ialah PERKESO, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), TEKUN, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Intipati konvensyen ini akan menjadi satu anjakan minda kepada pemimpin-pemimpin peringkat cawangan untuk lebih giat beraktif dalam menerajui golongan belia dibawah mereka selaras dengan visi, misi dan juga objektif Majlis Belia India Malaysia.
Disertakan agenda Konvensyen ini buat perhatian pihak tuan dan puan

BELIA PENCETAK NEGARA