Home English News PMX mengucapkan Selamat Hari Deepavali

PMX mengucapkan Selamat Hari Deepavali

293
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI

Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Deepavali yang diraikan sebagai ‘pesta cahaya’ adalah simbolik kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan atas kebobrokan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan dan keangkuhan.

Sebagaimana ungkapan dalam Thirukural;

குறள் 39:
அறத்தான் வருவதே இன்பம் மற்றெல்லாம் புறத்த புகழும் இல.

#TamilSchoolmychoice

“araththaan varuvathae inbam matrraellaam puraththa pukalum ila”

(Kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tatakelola yang baik merupakan nikmat yang sebenar, dan kegembiraan berpunca daripada sikap yang tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan)

Lantaran itu, perayaan Deepavali ini adalah salah satu jalan dalam membangun Malaysia yang madani, hormat menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum. Kejamakan budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggugugat oleh mana-mana pihak. Sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap beserta nilai dan budi pekerti yang tinggi.

Kerajaan Perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih tuntas dan cekap.

Saya akan berusaha bagi memastikan kebajikan dan tahap hidup masyarakat, yakni masyarakat Hindu terutamanya, terus ditambahbaik dan dilindungi. Nikmat dan khazanah negara mesti dirasai semua secara adil dan saksama.

Sekali lagi saya ucapkan “Deepavali Nal Valthukal” (Selamat
Hari Deepavali) kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
10 NOVEMBER 2023