Home English News Permohonan Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 dibuka 25 Feb

Permohonan Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 dibuka 25 Feb

1104
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) sesi 2019/2020 akan dibuka mulai 25 Feb hingga 2 April ini.

Menurut kenyataan KPM, permohonan ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.

Sehubungan itu, pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10  dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018.

#TamilSchoolmychoice

“Keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan.

“Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperoleh terus daripada Lembaga Peperiksaan, KPM sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi,” kata kenyataan itu.

Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian sepenuhnya.

– BERNAMA