Home English News Mahkamah tolak saman pengundi DUN Semenyih halang SPR kendalikan PRK

Mahkamah tolak saman pengundi DUN Semenyih halang SPR kendalikan PRK

667
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan seorang pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghalang suruhanjaya itu mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan yang ditetapkan pada 2 Mac ini.

Hakim S. M. Komathy membuat keputusan itu di dalam kamar dengan tiada sebarang perintah atas kos terhadap plaintif, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff, 58 tahun. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad, yang mewakili pihak defendan dalam kes ini ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, berkata mahkamah membuat keputusan itu sebab berpendapat tidak wujud keperluan melibatkan jumlah anggota SPR yang harus hadir dalam memenuhi kuorum untuk membuat sebarang keputusan.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan SPR masih boleh menjalankan fungsinya secara sah. “Seksyen 33C Jadual ke-11 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menyatakan bahawa ketiadaan atau kekosongan sesuatu keanggotaan suruhanjaya tidak akan menjejaskan keputusan yang dibuat,” katanya.

#TamilSchoolmychoice

  BERNAMA