Home English News 4 didakwa kerana hina Islam dan Nabi Muhammad

4 didakwa kerana hina Islam dan Nabi Muhammad

851
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W, dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

#TamilSchoolmychoice

“Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.

“Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505(c) KK dah Seksyen 233 AKMM.

– BERNAMA