Home English News Satu juta peluang pekerjaan mampu diwujudkan

Satu juta peluang pekerjaan mampu diwujudkan

779
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia percaya hasrat kerajaan mewujudkan satu juta peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 Pakatan Harapan mampu dicapai dalam tempoh lima tahun.

Menterinya M. Kula Segaran berkata perkara itu boleh dicapai berdasarkan inisiatif dan usaha kerajaan termasuk mewujudkan 250,000 pekerjaan hijau bagi tempoh tersebut.

Malah, katanya dalam tempoh lapan bulan selepas PH mentadbir negara, peluang pekerjaan telah meningkat sebanyak 130,000.

#TamilSchoolmychoice

“Sasaran satu juta (pekerjaan) tidak jadi masalah. Kita percaya inisiatif-inisiatif yang dibuat kerajaan baharu dapat memberi peluang kepada anak-anak kita untuk bekerja,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) yang ingin tahu bilakah sasaran satu juta peluang pekerjaan akan tercapai.

Menjawab soalan asal Shahidan mengenai langkah diambil dalam menurunkan kadar pengangguran, Kula Segaran berkata kerajaan telah mewujudkan pelbagai program termasuk penempatan pekerjaan yang merangkumi karnival kerjaya dan temuduga terbuka bagi pemadanan pekerja dan majikan.

“ Bagi Januari hingga Disember 2018, program ini telah berjaya menempatkan 168,677 orang pencari kerja,” katanya.

— BERNAMA