WELLINGTON: Angka korban akibat gunung berapi Pulau Putih di New Zealand meletus awal bulan ini meningkat kepada 19 orang, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan pada Isnin.
Menurut polis itu lagi, dua mayat mangsa masih belum ditemui.
Seorang jurucakap polis berkata laporan mengenai mangsa terakhir yang terkorban di sebuah hospital di Auckland diterima pada Ahad
Terdapat 14 mangsa di empat hospital di sekitar New Zealand 10 daripadanya masih kritikal, lapor media tempatan.
Pulau Putih, sebuah pulau gunung berapi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan, semua aktiviti di pulau berkenaan terpaksa dihentikan.
— BERNAMA