WASHINGTON: Pilihan raya umum Amerika Syarikat tetap dijangka diadakan pada 3 November, kata Presiden Donald Trump pada satu taklimat media, lapor agensi berita Sputnik
“Pilihan raya umum akan diadakan pada 3 November,” kata Trump pada Jumaat apabila ditanya sama ada pandemik COVID-19 akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan.
Trump berkata beliau tidak bersetuju dengan kaedah pengundian secara pos dan mahu ia dijalankan di ruang pusat mengundi.
— BERNAMA