Home English News Jogo Health sedia tawar rawatan percuma kepada ayah wira negara Azizulhasni

Jogo Health sedia tawar rawatan percuma kepada ayah wira negara Azizulhasni

787
0
SHARE
Ad
 Datuk T.Murugiah

KUALA LUMPUR: Pusat Strok Jogo Health yang terletak di ibu negara hari ini menawarkan rawatan percuma kepada Awang Embong, ayah kepada wira negara Dato’ Muhammad Azizulhasni yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa melalui kejayaan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo melalui acara berbasikal keirin hari ini.

“Jasa dan pengorbanan Azizulhasni di dalam memartabatkan bidang sukan negara tiada ternilai. Tatkala seluruh negara berkongsi kegembiraan menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo, membantu ayahnda Azizulhasni yang terlantar akibat strok sejak beberapa tahun yang lepas adalah cara terbaik bagi kami menyampaikan penghargaan kepada wira negara kita”

“Saya berasa amat terharu dengan semangat jitu Azizulhasni serta kasih sayang terhadap ayah beliau, di mana beliau telah memohon restu dan doa supaya beroleh kemenangan dalam acara Olompik hari ini. Sesungguhnya Azizulhasni seorang ikon inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Dato’ T. Murugiah, Pengasas dan juga Penasihat Pusat Jogo Health.

#TamilSchoolmychoice

Dalam aksi yang berakhir pagi tadi, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang jaguh Britain, Jason Kenny manakala pelumba Belanda yang juga juara dunia 2020, Harrie Lavreysen di tempat ketiga.
Azizulhasni yang merupakan anak kelapan daripada sembilan adik beradik telah menyatakan bahawa beliau mendedikasikan kemenangan di Olimpik untuk ayahnya yang mengalami dementia. Anggota keluarga telah berkongsi dengan media bahawa tahap kesihatan ayah Azizulhasni semakin membimbangkan.

“Jogo Health menggunakan kaedah istimewa dan teknologi yang berbeza untuk memberikan rangsangan kepada otak dan saraf. Dengan latihan fisioterapi yang diberikan secara berterusan dan penggunaan teknologi Artificial Intellogence (AI) yang dibawa khas dari Amerika Syarikat, pesakit akan beransur pulih dan boleh kembali bergerak menggunakan anggota badan mereka”

“Kesemua pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Strok Jogo Health telah menampakkan tahap pemulihan yang amat memberangsangkan. Mereka yang tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak ataupun terlantar di katil, kini boleh berjalan semula tanpa sokongan, atau dengan sokongan minimum. Peranti AI yang dipasang memberikan rangsangan kepada otot dan saraf pesakit dan prestasi pemulihan serta kekuatan otot boleh dilihat secara grafik menggunakan tablet,” jelas Murugiah, yang juga merupakan Naib Presiden MIC dan mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selain rawatan rehabilitasi strok, Pusat Strok Jogo Health turut menawarkan rawatan untuk masalah urat saraf, lemah pundi kencing bagi wanita atau urinary incontinence, mati pucuk dan masalah lutut.

Tambah Murugiah, beliau telah meminta Pegawai Eksekutif Pusat Strok Jogo Health, Puan Shafika untuk berhubung segera keluarga Dato’ Azizulhasni bagi mengurus dan mempermudahkan rawatan untuk ayah kepada jaguh sukan berbasikal Malaysia.