Home World Whatsapp dedah wartawan diintai perisian intip Israel

Whatsapp dedah wartawan diintai perisian intip Israel

788
0
SHARE
Ad

NEW DELHI: Platform media sosial milik Facebook dan aplikasi mesej bagi telefon pintar, WhatsApp, mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 24 rakyat India, termasuk wartawan, peguam dan aktivis hak asasi manusia telah diintai oleh perisian  intip Israel pada Mei tahun ini.

Menurut laporan akhbar harian berbahasa Inggeris The Indian Express, kesemua individu telah menjadi sasaran pengawasan  oleh pengendali yang menggunakan perisian intip Israel dikenali sebagai Pegasus, lapor agensi berita China Xinhua.

“Telefon pintar ditembusi melalui panggilan yang tidak dijawab sahaja,” katanya.

#TamilSchoolmychoice

Pendedahan itu dibuat susulan satu saman yang difailkan pada awal minggu ini di sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat di San Francisco, yang menyaksikan WhatsApp  mendakwa Kumpulan NSO dari Israel telah menyasarkan kira-kira 1,400 pengguna WhatsApp di seluruh dunia dengan Pegasus.

Satu mesej yang diterima oleh seorang wartawan terbabit  daripada WhatsApp pada 29 Okt berbunyi seperti berikut: “Pada Mei kami telah menghentikan satu serangan yang menyaksikan aktor siber maju mengeksploitasi panggilan video kami untuk memasang perisian hasad pada peranti pengguna.

Ada kemungkinan nombor telefon ini telah terjejas, dan kami ingin memastikan bahawa anda tahu cara untuk menjaga keselamatan telefon bimbit anda.”

Mesej WhatsApp itu selanjutnya menyebut: “Sentiasa gunakan  versi terkini WhatsApp dan pastikan sistem operasi mudah alih anda dikemas kini untuk menerima perlindungan keselamatan terkini.”

— BERNAMA