Home English News Siti Aisyah dilepas tanpa dibebas tuduhan bunuh Kim Jong-Nam

Siti Aisyah dilepas tanpa dibebas tuduhan bunuh Kim Jong-Nam

1429
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Hakim, Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Tinbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas Siti Aisyah, 26, warga Indonesia mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

“Mahkamah berpuas hati dengan kes prima facie terhadap Siti Aisyah di,bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

#TamilSchoolmychoice

“Kes-kes yang dirujuk peguam ada yang sudah bermula, ada yang bermula tapi belum sampai peringkat penghujung.

“Dalam kes ini pula, pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh. Maka, Siti Aisyah dilepaskan yang tidak terjumlah kepada pembebasan,” kata hakim itu.

Terdahulu, Muhamad Iskandar memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Seksyen itu antara lain menyatakan bahawa pihak pendakwaan pada bila-bila peringkat perbicaraan boleh untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.

Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah kemudiannya memohon mahkamah untuk melepas dan membebaskan anak guamnya daripada pertuduhan itu mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.

Siti Aisyah yang memakai baju kurung dengan selendang kelihatan menangis selepas mendengar keputusan itu.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintahkan Siti Aisyah dan wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, membela diri  atas  pertuduhan membunuh Kim Chol.

Mereka didakwa bersama empat lagi yang masih  bebas  membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 9.00 pagi, 13 Feb 2017 mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Hari ini ditetapkan untuk Doan membela diri atas pertuduhan itu.

-BERNAMA