Home English News Inkues Adib: Peguam tarik diri

Inkues Adib: Peguam tarik diri

758
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Peguam Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  serta keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu.

Perkara itu dimaklumkan  Syazlin di hadapan Hakim Rofiah Mohamad, yang bersidang sebagai Koroner,  ketika prosiding hari ke-37 di Mahkamah Koroner di sini.

“Dengan penarikan diri, saya percaya langkah untuk memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, yang juga bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal,” katanya.

#TamilSchoolmychoice

Seorang lagi peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufiq Baharun, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak mempunyai saksi lain untuk dipanggil memberi keterangan ketika ini.

Pada 17 Mei lepas, Rofiah membenarkan  Dr Shahrom dipanggil semula memberi keterangan berikutan permohonan Syazlin.

Prosiding inkues itu bersambung petang ini.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat  Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.

— BERNAMA