Home English News Pertandingan kolam rangoli promosikan perpaduan

Pertandingan kolam rangoli promosikan perpaduan

2858
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Kolam Rangoli (kolam berwarna warni) sinonim dengan masyarakat India, namun kini masyarakat daripada pelbagai bangsa, terutamanya Melayu mula mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta Kolam yang dianjurkan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

Selain kepercayaan ia membawa aura positif dan dapat menghindarkan dari nasib malang, seni tradisi daripada selatan India dalam bentuk hiasan itu dapat mempromosikan perpaduan dalam kalangan masyarakat dari berlainan kepercayaan dan agama melalui penganjuran pertandingan sempena Deepavali yang disambut pada Ahad (27 Okt).

“Mengumpulkan masyarakat berbilang kaum dan kebudayaan terutamanya Melayu, mengambil bahagian dalam aktiviti yang diamalkan bangsa lain membuatkan sambutan Deepavali lebih bermakna, dimana melalui aktiviti ini, kami mengajar orang ramai mengenai perbezaan kebudayaan yang mempromosikan perpaduan,” kata seorang pereka Kolam sepenuh masa  Muralitharan Velan, kepada Bernama.

#TamilSchoolmychoice

Pemuda berusia 27 tahun dari Ampang, Selangor itu berkata, apa yang paling beliau tertarik mengenai pertandingan Kolam ini  ialah, mengenai ramai peserta Melayu yang membawa sendiri peralatan dan barangan hiasan seperti pelita (kuthuvilakku) untuk menambahkan keunikan corak Kolam.

Muralitaharan yang mengenakan bayaran antara RM450 hingga RM3,000 untuk mereka Kolam, telah mereka Kolam Rangoli di pintu masuk ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) bagi membawa aura positif selain menjadi hiasan yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai.

Bercakap mengenai Kolam tersebut, beliau berkata, ia diterapkan menggunakan butiran dan tepung beras berwarna garang untuk menonjolkan corak burung merak, yang merupakan simbol Deepavali.

Sementara itu seorang lagi pereka Kolam, M.Deevaki, 34, dari Kajang, Selangor berkata, selain mempromosikan perpaduan, signifikasi sebenar pembuatan Kolam menggunakan tepung beras itu dimana ia akan menjadi makanan kepada haiwan kecil dan semut.

“Kami sebenarnya menyampaikan pesanan yang signifikasi ini melalui seni rekaan unik kepada masyarakat bukan India terutamanya Melayu melalui pertandingan Kolam, sama seperti kami mengemari baju kurung tradisional,” katanya.

Sementara itu seorang lagi pereka Kolam Lee Mahendran, 38, dari Kuala Lumpur berkata pertandingan Kolam boleh menjadi platform terbaik mempromosikan kebudayaan dan seni yang menonjolkan identiti Malaysia, selain menghidupkan sambutan perayaan di Malaysia.

— BERNAMA