Home English News Fasal dalam RUU IPCMC perlu ditambah baik untuk lebih adil

Fasal dalam RUU IPCMC perlu ditambah baik untuk lebih adil

837
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Terdapat fasal-fasal tertentu dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 yang memerlukan penambahbaikan bagi dilihat lebih adil dan saksama, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanpa memperincikan fasal yang perlu ditambah baik, beliau berkata pembentangan semula RUU IPCMC akan memasukkan lebih banyak pandangan daripada pihak berkepentingan dengan undang-undang.

“Banyak pandangan yang belum dilibatkan sebelum ini.

#TamilSchoolmychoice

“Sebab itu, ada bantahan terhadap RUU itu dan pihak berkenaan perlu mengemaskini fasal tertentu di dalam akta itu sebelum dibawa semula ke Parlimen untuk dibentang dan dibahaskan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Misi Bantuan Pasca Bencana Pantai Timur di sini, hari ini.

Pada 3 Dis lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong memohon kepada Dewan Rakyat untuk menangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga RUU IPCMC ke sesi persidangan akan datang pada Mac tahun hadapan.

Liew dilaporkan berkata langkah memperhalusi RUU melalui perbincangan dengan pemegang taruh terutamanya polis adalah perlu bagi memudahkan pelaksanaannya apabila diluluskan kelak selain mengelak isu berbangkit.

“Jarak masa sehingga persidangan Parlimen akan datang akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan perkara berbangkit agar penambahbaikan yang dibuat boleh menghasilkan akta yang adil dan saksama,” kata Muhyiddin.

RUU IPCMC 2019 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi Julai lepas.

IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan pasukan polis dan akan bertindak sebagai badan pemantau bebas bagi menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

— BERNAMA