Home English News PM Muhyiddin tegaskan tidak terlibat kes melepas tanpa bebas Riza Shazriz

PM Muhyiddin tegaskan tidak terlibat kes melepas tanpa bebas Riza Shazriz

588
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa persetujuan itu dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh, melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes-kes jenayah di negara ini termasuk kes-kes berprofil tinggi,” menurut kenyataan itu.

#TamilSchoolmychoice

— BERNAMA