Home English News Program Rekalibrasi Tenaga Kerja terbuka kepada Restoran dan lain-lain bidang

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja terbuka kepada Restoran dan lain-lain bidang

1247
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA BERTARIKH 22 APRIL 2021, BERSAMA  DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN MENTERI DALAM NEGERI DAN  DATUK SERI M. SARAVANAN MENTERI SUMBER MANUSIA

MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA ANTARA MENTERI DALAM NEGERI DAN MENTERI SUMBER MANUSIA MENGENAI PENGURUSAN PEKERJA ASING, KALI KE-5, BIL. 1/2021

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-5, Bil. 1/2021 telah dipengerusikan bersama oleh saya, Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Saravanan, Menteri Sumber Manusia.

Mesyuarat Jawatankuasa yang pertama bagi tahun 2021 telah membincangkan beberapa kertas pertimbangan dan kertas makluman berhubung Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan hal-hal lain mengenai pengurusan pekerja asing dalam

#TamilSchoolmychoice

Setelah memperhalusi semua cadangan serta makluman yang dibentangkan, Mesyuarat Jawatankuasa memutuskan untuk membuka Program Rekalibrasi Tenaga Kerja kepada majikan dalam sub sektor perkhidmatan seperti berikut;

  • Sub sektor restoran;
  • Sub sektor kargo;
  • Sub sektor borong dan runcit; dan
  • Sub sektor pembersihan dan pencucian.

Mesyuarat Jawatankuasa juga bersetuju untuk memperluas syarat kelayakan penyertaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja kepada PATI yang tergolong dalam kategori seperti berikut;

PATI yang telah mendaftar bagi Program Rehiring dan 6P tetapi tidak melengkapkan proses permohonan dan tidak menerima Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) melalui program tersebut;

PATI yang lari tetapi tidak dilaporkan oleh majikan; dan

PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang tulen dan sah.

Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa bersetuju untuk melibatkan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan program Pelan Rekalibrasi PATI.

Walau bagaimanapun, majikan masih perlu hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi melaksanakan semua urusan di JIM seperti pengambilan biometrik dan sebagainya.

Mesyuarat Jawatankuasa turut memutuskan supaya moratorium sehingga 31 Disember 2021 diberikan kepada warganegara asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan untuk memperolehi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Jangka Pendek.

Selepas tarikh tersebut, PLKS Jangka Pendek adalah diwajibkan bagi semua warganegara asing yang bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan.

Mesyuarat Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa Jemaah Menteri pada 7 April 2021 lalu telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku PLKS selama setahun kepada pekerja asing sedia ada dalam sektor

Pelanjutan ini hanya diberikan kepada pemegang PLKS yang hampir tamat tempoh bagi tahun ke-13 dengan kadar levi tahun terakhir.

Segala keputusan Mesyuarat Jawatankuasa pada hari ini dibuat bagi membantu pihak kerajaan untuk memulihkan kembali ekonomi negara dengan segera dan bagi mengelakkan sektor-sektor kritikal seperti Sektor Pembinaan, Pembuatan, Perladangan dan Perkhidmatan mengalami kerugian besar akibat masalah kekurangan tenaga kerja.

DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Dalam Negeri

DATUK SERI M. SARAVANAN
Menteri Sumber Manusia